Thursday, March 22, 2012

Puisi Perubahan


Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
Apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan

Raja adil raja disembah

raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah

Kata tua lenguh belikat

kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas

Adat bertemu bertanya khabar

adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal

Melafaz cinta di menara Taj Mahal

kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat

jauh berjalan banyak pengalaman

luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan

khabar indah berbanding rupa

penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah

Kayuh basikal keliling negara

Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.

Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  



Saturday, February 25, 2012

Koleksi Video Adegan Samseng & Ganas UMNO


Bila tonton, kadang rasa lucu, kadang rasa meluat, kesian pun ada. Dunia sekarang zaman bertempur dengan hujah dan fakta, masih ada yang gila bertempur dengan keris dan tombak.

Supaya tidak dituduh "pukul sama rata", semua adegan ini adalah sebahagian sikap samseng, biadap, dan ketidaktamadunan sebahagian pemimpin & ahli UMNO. Masih ramai di kalangan mereka yang sangat baik.

Apapun, untuk PRU13 yang bakal menjelang,  
KATAKAN TIDAK PADA UMNO/BN.   




















(23/2/2012) Masjid Al-Aqsa diserbu Zionis Yahudi

Khamis, 23-02-2012 - 2 kumpulan pendatang Yahudi serbu masjid Aqsa pada pagi Isnin dengan dilindungi polis, saksi memberitahu. Akhbar Quds memetik kata-kata saksi-saksi tersebut, bahawa pendatang-pendatang itu merayau-rayau di halaman masjid dengan perlindungan teliti pihak polis.

Mereka berkata, tentera rejim Israel menghalang pemuda-pemuda Palestin masuk ke dataran Aqsa. Manakala, pemimpin kebangsaan dan agama Palestin menyeru wanita Palestin agar pergi ke masjid Aqsa untuk menghadapi wanita Yahudi yang merancang untuk menyerbu kawasan suci itu pada pagi Selasa.
(Palestinkini.info)



Saturday, February 11, 2012

Apa Yang berlaku di Syria sekarang?



Latar Belakang Syria dan regim Basyar Al-Assad 

Syria merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Punca Revolusi.

Apabila ada sekumpulan 28 orang kanak-kanak bermain dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Berita tentang peristiwa ini tersebar ke Negara yang mengalami revolusi seperti Mesir & Libya lalu slogan ini telah dilaungkan di sana. Pasukan keselamatan Regim Basyar Al-Assad yang menyedari berita ini telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang dari mereka telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak-kanak itu serta meminta yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat pertukaran iaitu mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Kemuncak kemarahan rakyat dengan peristiwa ini menjadi pencetus kepada revolusi di Syria.

Rakyat Marah.

  • Kebangkitan rakyat bermula pada pertengahan 2011.
  • Lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemonstrasi.
  • Kini 95% rakyat Syria menyertai Revolusi ini menuntut kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
  • Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
  • Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Al-Assad)

  • Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
  • 39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  • Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
  • 9,000 tahanan ditahan.
  • 413 orang telah syahid didalam penjara.
  • Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  • Seorang wanita bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  • Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  • Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad.
  • Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga. 
Respon Dunia
  • Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo
  • Pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk menentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.  Iran tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
  • Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
  • 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Apa Mahasiswa boleh bantu?
  • Memperbanyakkan doa & qunut nazilah. Sebutkan secara jelas tentang Syria dalam doa harian kita. (termasuk juga Palestin dll)
  • Mengambil berat akan isu ini dan menyedarkan rakan-rakan yang lain, bukan hanya hidup dalam kepompong dunia sendiri tanpa mengambil tahu isu semasa.
  • Gunakan saluran yang ada untuk menghebahkan kesedaran pada orang ramai. Gunakan facebook, blog, twitter dan lain-lain untuk isu ini. Bukan setakat share kisah hidup & video bola sahaja.
  •  Menderma jika kutipan derma dibuat.
  •  Gunakan minda mahasiswa untuk buat apa sahaja cara yang anda fikir relevan untuk dilakukan.
Qunut nazilah    

Cara Membaca Qunut Nazilah
  1. Qunut ini boleh dibacakan pada setiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
  2. Qunut ini dibacakan pada waktu ‘iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
  3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
  4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

(Klik Gambar supaya lebih jelas)

Sumber berita:
  • https://muzir.wordpress.com/2011/12/07/perkongsian-revolusi-syria-oleh-dr-khaled-hasan-hindawi/
  • http://dakwah.info/featured/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria/
  • http://melayukini.net/2011/12/isu-syria-40000-rakyat-mati-dibunuh-pemerintah-kejam/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...